Sunday, 18 November 2012

Pengaruh Islam dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak



Dalam islam, anak-anak ialah anugerah daripada ALLAH S.W.T. Semua kanak-kanak yang dilahirkan tidak bersalah dan sama tarafnya. Tugas ibubapa adalah mengekalkan kualiti yang diwarisi ini dalam diri anak-anak. ALLAH S.W.T telah menjadikan manusia berdasarkan fitrah, iaitu setiap jiwa manusia mempunyai sifat-sifat tidak bersalah, kesucian, kebenaran dan kebebasan. Setiap jiwa manusia secara semula jadinya cenderung pada keadilan dan kebaikan dan mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan kedudukannya dialam ini dan juga pada kebijaksanaan, kabaikan dan kekuasaan ALLAH S.W.T. 


Pelajaran Satu

Pepatah Inggeris mengatakan "Kebijaksanaan manusia
yang sebenar adalah juga kebijaksaan Tuhan (true human
wisdom is also  divene wisdom)", kedua-duanya tidak
boleh dipisahkan. 

Permulaan bagi semua kebijaksanaan adalah keakuran
dengan kekuasaan ALLAH S.W.T. Anak-anak yang baru 
dilahirkan diazakan pada telinganya yang kanan bagi 
bayi lelaki dan diqamatkan pada telingi kiri bagi 
bayi perempuan bagi pengenalan pada Pencipta 
yang sebenar.

Pelajaran Dua

Tunjukkan kebaikan dan baik hati kepada kedua-dua ibu bapa. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T 
iaitu Pencipta yang tertinggi dan kemudian kapada ibu bapa terutamanya kepada ibu yang telah
mengandung sembilan bulan, mengalami kesakitan melahirkan dan menyusukan anak selama 
dua tahun. Bersyukur kepada ibu bapa juga perlu sama ada mereka Islam atau bukan Islam. 
Anak-anak hanya dibolehkan tidak taat kepada ibu bapa apabila mereka dipaksa melakukan 
sesuatu perkata di luar perintah ALLAH S.W.T.

Pelajaran Tiga

ALLAH S.W.T maha mengetahui tentang semua perkara di alam ini. Dengan itu, apa sahaja 
tindakan yang dilakukan oleh manusia samada secara umum atau peribadi sememangnya 
diketahui oleh  ALLAH S.W.T. Pada Hari Pengadilan, semua perbuatan akan di bawa ke muka 
pengadilan. Destinasi terakhit manusia ditentukan oleh tingkah laku, dan perbuatan sendiri.


Pelajaran Empat 

Wajib menunaikan solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Hal ini memerlukan manusia 
mempelajari dan menghafal al-Quran. Dengan itu tanggungjawab ibu bapa adalah mengajar 
anak-anak membaca al-Quran dan berusaha menghabiskan mambaca seluruh al-Quran tersebut
antara berumur 8 hingga 10 tahun iaitu sebelum kanak-kanak menghadapi beban kerja sekolah.



Pelajaran Lima 

Suruh apa yang baik dan larang apa yang salah. Sebagai peraturan. semua ahli dalam keluarga 
sama ada muda ataupun tua mempunyai hak menyuruh pada kebaikan dan melarang pada 
kesalahan dan kejahatan.



Pelajaran Enam

Kesabaran dan ketetapan hati. Dalam kehidupan di dunia ini, slogan yang popular digunakan adalah 
"jaga tepi kain sendiri" dan "apa yang saya mahu" dan "cara yang saya mahu dalam kehidupan" 
yang mementingkan indivisualism. Dalam hal ini,"suruh apa yang baik dan larang apa yang salah" 
dan "menyesuaikan kehendak kita dengan kehendak ALLAH S.W.T" menjadi tugas yang sukar 
dilaksanakan. Dengan itu kesabaran dan  ketetapan hati sangat-sangat di perlukan

Pelajaran Tujuh

Kehebatan bukan bermaksud menunjukkan kebiadapan kamu kepada manusia. Kebiadapan 
bermaksud keangkuhan dan peghinaan.Tigkah laku sedemikian menunjukkan ketakburan dan
tinggi diri seseorang dan merendahkan orang lain.





Pelajran Lapan

Begitu juga berjalan dengan angkuh di atas dunia ini di tegah kerana ALLAH S.W.T membenci 
orang yang angkuh. Berjalan dengan biadap merupakan tindakan yang angkuh dan tinggi diri.



Pelajaran Sembilan

Manusia tidak pula boleh menganggap dirinya lemah dan hanya suka menurut kerana manusia 
adalah ciptaan ALLAH S.W.T, dilahirkan tidak bersalah dan sama rata. Manusia hanya berbeza
daripada segi tingkah laku dan perbuatan atau tindakan.



Pelajaran Sepuluh

Rendahkanlah suara. Lakukan semua perkara dalam kesederhanaan. Jangan terlalu banyak 
bercakap dan jangan pula terlalu senyap. Jangan terlalu kuat dan jangan pula terlalu penakut 
atau tidak bersemangat. Jangan terlalu yakin dan jangan pula terlalu bimbang tak berasas. 
Jika manusia mempunyai kesabaran, maka ia perlu tetap pada pendirian dan berazam 
menjalankan segala cabaran hidup dengan berani.



Sepuluh peringkat mendidik anak-anak yang dicadangkan oleh Lukman Hakim ini 
perlu dijadikan panduan oleh ibubapa dan pendidik kanak-kanak supaya dapat 
mendidik mereka mengikut kehendak islam.

Credit: Tadika Aulad Bestari, Tabika Perpaduan Kg Paya

No comments:

Post a Comment