NEGERI di bawah bayu, Sabah cukup terkenal dengan pelbagai destinasi menarik. Gunung Kinabalu semestinya menjadi antara tarikan yang cukup popular.
Namun, banyak lagi yang menarik menanti anda di salah satu negeri di kepulauan Borneo itu. Justeru, Santai minggu ini menyenaraikan empat destinasi yang perlu dikunjungi saat berada di Sabah.
Desa Dairy Farm, Kundasang
Di gelar ‘New Zealand Malaysia’, ladang ternakan lembu ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang harus dikunjungi.
Mengambil masa lebih kurang dua jam setengah pemanduan dari Kota Kinabalu dan terletak di kawasan tanah tinggi Masilau, Desa Dairy Farm, Kundasang, Ranau ini adalah kawasan rumput ragut hijau terbesar dengan udara segar dan pemandangan mempesonakan.
Dibuka pada tahun 1981 dengan keluasan 199 hektar, pengunjung berpeluang melihat sendiri proses penghasilan susu segar desa yang hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak.
Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pemprosesan susu dilakukan setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Bayaran masuk pula RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Simpang Mengayau, Kudat
Terkenal dengan jolokan ‘The Tip of Borneo’ atau Penghujung Barat Laut Kepulauan Borneo, simpang Mengayau satu lagi destinasi yang perlu dikunjungi ketika berkunjung ke Sabah.
Untuk ke situ, ia mengambil masa kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau 215 kilometer dari Kota Kinabalu. Tempatnya mungkin sedikit jauh, tetapi panorama indah yang melepasi Laut China Selatan yang disajikan di situ pastinya tidak akan mengecewakan anda.
Menariknya, Simpang Mengayau juga adalah tempat pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang pernah satu ketika dulu menjadi laluan pedagang China ke sini menggunakan tongkang.
Lembah Danum, Lahad Datu
Mengambil masa tiga jam perjalanan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Lapangan Terbang Tawau, Sabah sememangnya cukup mencabar.
Namun, semua itu pastinya terbayar tatkala sudah berada di salah satu destinasi percutian ekopelancongan yang menyajikan pelbagai keindahan alam semula jadi.
Lembah Danum menyediakan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan, mendaki, meninjau hutan dari menara kenopi, bermain tubing air dan mengharungi cabaran ‘night walking’.
Selain itu, Lembah Danum juga menyimpan khazanah hidupan liar yang mampu
dilihat seperti orang utan, ungka, harimau, gajah, rusa, kucing hutan dan banyak lagi.
Pulau Kapalai, Semporna
Terletak di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul, Pulau Kapalai adalah syurga sukan selam skuba yang tidak akan mengecewakan pengunjungnya.
Pulau ini dianggap unik kerana tidak mempunyai dataran dan semuanya di atas air. Sipadan-Kapalai Dive Resort adalah antara penginapan yang terdapat di situ.
Menariknya, anda berpeluang merasai pengalaman bermalam di tengah laut yang bersih dan jernih serta kaya dengan hidupan laut yang menakjubkan.
Kunjungan anda pastinya menjadi kenangan terindah apabila berpeluang melihat penyu yang aktif di waktu malam.

No comments:
Post a Comment