Sunday 27 January 2013

Suu Kyi yakin boleh jadi presiden


Click to show "Aung San Suu Kyi" result 13

Washington: Tokoh pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi, menyuarakan keyakinan tentera yang berpengaruh di negara itu akan menyokong pindaan Perlembagaan yang akan membolehkan beliau menjadi presiden. 

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu, yang dikenakan tahanan dalam rumah selama dua dekad sehingga pembaharuan baru-baru ini, berkata beliau berharap Parlimen akan meluluskan semakan semula Perlembagaan walaupun tentera menguasai beberapa kerusi penting.



Pinda perlembagaan 

“Saya tidak bimbang mengenainya. Saya rasa anggota tentera, seperti juga rakyat lain, mahu melihat Burma yang gembira, kuat, dan menjadi lebih harmoni. Disebabkan itu, saya tidak mengenepikan kemungkinan pindaan menerusi tolak ansur yang dirundingkan,” katanya merujuk kepada nama lama Myanmar. 

Beliau berkata demikian kelmarin dalam lawatan ke Hawaii. 
Click to show "Aung San Suu Kyi" result 11


Lancar pembaharuan 

Presiden Thein Sein memeranjatkan pengkritik dengan melancarkan pembaharuan selepas mengambil alih jawatan pada 2011 termasuk membebaskan tahanan politik, melonggarkan penapisan dan membenarkan Suu Kyi menyertaiParlimen. 


Click to show "Aung San Suu Kyi" result 23

Thein Sein berkata, beliau akan menerima Suu Kyi sebagai presiden jika Parti Liga Kebangsaan pimpinannya menang dalam pilihan raya 2015, tetapi sebahagian aktivis mempersoalkan jika ada pihak yang sanggup membenarkan tentera melepaskan kuasa. 
Click to show "Aung San Suu Kyi" result 19

Menurut Perlembagaan 2008, jawatan presiden tidak boleh dipegang sesiapa yang pasangan atau anaknya memegang kerakyatan asing. Suu Kyi berkahwin dengan pakar akademik Britain, mendiang Michael Aris dan mempunyai dua anak. - AFP

No comments:

Post a Comment