Google+ Followers

Friday, 25 January 2013

'Mayat itu anak saya', kata ibu bapa Zhen Zhong



IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.
IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.
SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.


Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang. 


Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu.

Credit: BH