Tuesday, 22 January 2013

Amah maut jatuh dari tingkat 30


Singapura: Seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 30 ketika membersihkan tingkap bilik tidur utama di Telok Blangah Heights, kata seorang ahli koroner dalam sidang di mahkamah, semalam.
Eci Eriyani, 23, bekerja di kediaman itu selama enam bulan apabila terjatuh 29 Mac tahun lalu.
Dalam siasatan, mahkamah diberitahu bahawa mangsa bersendirian bersama ibu mentua majikannya, Chiow Gek Inn, 79, ketika kejadian.
Setengah jam selepas waktu makan tengah hari, Chiow yang berada di ruang tamu mendengar jeritan Eriyani. Chiow mencarinya dan terdengar bunyi kuat. Dia ke balkoni dan mendapati Eriyani terbaring di bawah bangunan itu sebelum menghubungi polis. 
Credit: AsiaOne

No comments:

Post a Comment