Thursday, 24 January 2013

Menelusuri khazanah Kuala Lumpur


Keunikan seni binanya membuatkan setiap mata terpaku. Lebih menarik, pembinaannya setiap bangunan yang ada mempunyai cerita tersendiri yang pasti membuatkan anda terpegun.
Saban hari, kawasan Dataran Merdeka ini sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti selain kesesakan lalu lintas.
Justeru, kita bagaikan terlepas sesuatu yang cukup bermakna dan bersejarah.

Penulis sendiri tidak pernah tahu ada sesuatu yang menarik menanti di Dataran Merdeka dan sekitarnya sehinggalah menulis meluangkan hari minggu mengikuti Free Dataran Merdeka Heritage Guided Tour yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Foto
KELAB Royal Selangor memiliki hak eksklusif tersendiri.

Free Dataran Merdeka Heritage Giuded Tour yang me­ngambil masa kira-kira dua jam setengah membawa anda ke 11 tapak bersejarah selain memaparkan kehidupan di Kuala Lumpur ketika negara di bawah pemerintahan British.

Selain itu, pengunjung yang menyertai program itu mendapat keistimewaan kerana boleh memasuki secara eksklusif Royal Selangor Club. 

Apa yang menarik mengenai perjalanan yang cukup bersejarah itu adakah pendedahan kepada kisah-kisah mereka yang menyumbang kepada pertumbuhan Kuala Lumpur. 

Anda juga dapat mendengar pelbagai cerita aspirasi politik lalu, warisan, gaya hidup, tradisi dan seni bina kejiranan dan lain-lain khazanah tersembunyi.

Program itu diadakan setiap Isnin, Rabu dan Khamis dari jam 9 pagi sehingga 11.45 pagi.

Hubungi 03-26980332 untuk maklumat lanjut.

Foto
Dataran Merdeka

Dulu dikenali sebagai Padang Selangor yang juga adalah padang kriket kepunyaan Kelab Royal Selangor. Dulu, ia digunakan orang British bermain kriket.

Pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaya dinaikkan buat kali pertamanya. Pada 1 Januari 1990, ia diberikan nama ‘Dataran Merdeka’.


Kuala Lumpur City Gallery

Bangunan dengan inspirasi rekaan Moghul-India di bina pada 1898 untuk memenuhi keperluan percetakan Pentadbiran British Malaya ketika itu.

Tiang besi dan kekuda membentuk asas sistem soko­ngan struktur bangunan supaya ia boleh mempunyai dalaman yang besar untuk menyesuaikan mesin percetakan akhbar yang besar.

Laporan kerajaan, buku rasmi kerajaan dan tiket kereta api di cetak di bangunan ini. 

Ia kini dihidupkan semula menempatkan Kuala Lumpur City Gallery dengan pelbagai bahan pameran yang cukup mengujakan termasuk perkembangan masa lalu, sekarang dan masa hadapan Kuala Lumpur.

Galeri ini juga berfungsi sebagai Pusat Maklumat Pelancong.

Foto


Perpustakaan Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Library)
Ia dibina pada 1989 itu berfungsi sebagai perpustakaan awam dengan auditorium, ruang persidangan dan dewan serbaguna.

Dulunya, ia dikenali sebagai Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai buku dan sumber dalam format bercetak, digital dan audio visual yang disusun untuk manfaat bandar.


Victorian Fountain

Masih terpelihara walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, Vixtorian Fountain ini dibawa dari England dan dipasang di Kuala Lumpur. Uniknya, ia mempunyai beberapa seni Nouveau menerusi jubinnya.


Restoran Warisan
Restoran yang menghidangkan makanan tradisional tempatan ini dulunya adalah The Chartered Bank. Di bina pada 1919 oleh A C Norman, bangunan tiga tingkat simetri dengan anjung gerbang dan turut diadun dengan seni bina Moghul.

Restoran Warisan ini juga dulunya adalah Muzium Sejarah Negara.

Foto

Muzium Textile National

Dibina oleh arkitek A B Hubback pada 1905, bangunan ini dulunya dikenali sebagai Stesen Keretapi Negeri Persekutuan Melayu dan Jabatan Kerja Selangor.

Bangunan yang kini menempatkan pelbagai pameran tekstil dapat dibezakan menerusi reka bentuk batu bata merah dan ‘ white plaster bands’ serta gaya Islam dengan kubah unik dari seni bina Moghul.


Bangunan Sultan Abdul Samad
Mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk siap sepenuhnya iaitu dari 1897 hingga 1897 dengan arkitek A C Norman dan R A J Bidwell, bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun itu digunakan sebagai pusat pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1897.

Ia kemudiannya ber­fungsi sebagai Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tertinggi 
pada 1972. Kini, masih menge­kalkan struktur yang sama, ia diduki oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dengan struktur bata simetri yang elegan dan mempunyai menara setinggi 41 meter colonnades melengkung dan kubah tembaga, bangunan Sultan Abdul Samad ini adalah contoh pertama seni bina Moghul di Malaysia.


Bekas Bangunan Mahkamah Tinggi
Dibina pada 1909 oleh arkitek A C Norman, bangunan dua ting­kat yang menggunakan rekaan Moor itu mempunyai empat menara.

Bangunan itu kini diduduki Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


City Theatre Panggung Bandaraya
Panggung Bandaraya atau City Theatre yang dibina pada 1896 ini dulunya adalah Old City Hall. Arkiteknya A B Hubback menghias Old City Hall ini berbeza dengan gerbang Islam dan astaka berbentuk kubah pada bumbungnya dan juga berbeza dari bangunan di sekitarnya.

Kini, bangunan ini menjadi panggung teater tertua di negara ini dan kini pelbagai aktiviti, persembahan pentas dan muzikal dilakukan di sini.


The Cathedral St Mary
Dibina pada 1895, ia adalah gereja pertama di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan juga salah satu daripada gereja tertua Anglican.

Selepas kebakaran yang berlaku pada 1922, gereja ini dibina semula dengan gaya Inggeris Gothic.


Royal Selangor Club

Kelab Royal Selangor ini ditubuhkan pada 1884 berkhidmat sebagai kelab sosial dan kriket untuk komuniti yang semakin berkembang. Kini, kelab ini mempunyai pelbagai kemudahan sukan, makanan dan minuman terutama di ‘Long Bar’. 

Kelab ini hanya terbuka kepada ahli kelab. Namun menerusi Dataran Merdeka Heritage Walk, pengunjung berpeluang melihat kelab yang sangat eksklusif ini

Credit: Suliati Asri

No comments:

Post a Comment