Sunday 20 January 2013

Juruterbang belot, serang pangkalan



 HJuruterbang belot
FSA menawan dua pangkalan tentera bagi menyekat bekalan senjata.
DAMSYIK - Seorang juruterbang rejim Presiden Bashar al-Assad didakwa berpaling tadah, kelmarin. Menurut aktivis, Haytham Al-Abdallah, pegawai askar itu terlebih dahulu diarahkan mengebom kawasan penduduk di wilayah Ghotta, timur Damsyik, namun beliau enggan melaksanakannya.

Beliau yang membawa pesawat perang MiG Soviet tersebut bertindak mengebom pangkalan tentera kerajaan dalam daerah Moadamiya.

Sementara itu, di wilayah Idlib, kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) memperkuatkan serangan mereka di dua pangkalan tentera iaitu Wadi Al-Daif dan Hamdiyeh, sekali gus menawan kawasan tersebut.

"Kumpulan pemberontak sebenarnya cuba memotong laluan bekalan senjata kepada dua pangkalan itu," kata Abdallah lagi.
Credit: Sinar Harian

Sejak kelmarin, kumpulan hak asasi melaporkan lebih seratus penduduk termasuk 13 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara. - 

No comments:

Post a Comment