Saturday 19 January 2013

Semua militan, tebusan terkorban


This image from video provided by the SITE Intel Group, made available Thursday, January 17, 2013, purports to show militant militia leader Moktar Belmoktar. The group claiming responsibility for the hostage-taking in Algeria is called Katibat Moulathamine, or the Masked Brigade.
ALGIERS 19 Jan. - Kesemua sebelas militan dan baki tujuh tebusan yang ditawan kumpulan militan itu di kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria terbunuh dalam serbuan terakhir tentera Algeria bagi membebaskan tebusan, dalam tragedi yang masuk hari keempat, hari ini.

Tebusan yang terbunuh dikenal pasti, tiga rakyat Belgium, dua warga Amerika Syarikat (AS) dan masing-masing satu rakyat Britain dan Jepun, lapor akhbar tempatan, El Watan.

Pasukan khas tentera Algeria itu menggempur kompleks tersebut lewat pagi ini dan pengganas bertindak membunuh semua tebusan ketika skuad tersebut cuba menyelamatkan tebusan.



Nasib dua rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu, Chong Ngen Chung dan Tan Ping Wee masih tidak diketahui.

Sebelum itu, kumpulan itu dilaporkan cuba meletupkan kompleks tersebut dengan membakar sebahagian kilang di situ, bagaimanapun berjaya dihalang pasukan tentera.


 In this undated image released Wednesday Jan. 16, 2013, by BP petroleum company, showing the Amenas natural gas field in the eastern central region of Algeria, where Islamist militants raided and took hostages Wednesday Jan. 16, 2013.  Islamist militants from Mali attacked the Amenas natural gas field partly operated by BP in Algeria early on Wednesday, killing a security guard and kidnapping at least eight people, including English, Norwegian and Japanese nationals, an Algerian security official and local media reported. Algerian forces, later caught up with and surrounded the kidnappers and negotiations for the release of the hostages are ongoing, officials said.

Terdahulu, pasukan tentera Algeria menemui 15 mayat yang rentung ketika memasuki kompleks itu dan identiti mereka belum dikenal pasti.


Menurut sumber tempatan, skuad tentera itu kini telah menguasai sepenuhnya kompleks itu dan tragedi tebusan telah berakhir.


Pasukan tentera itu kini sedang membersihkan kawasan itu daripada periuk api dan bahan letupan yang dipasang kumpulan militan itu.


Sebelum itu, kumpulan pengganas terbabit menuntut supaya beberapa anggota kumpulan mereka yang ditahan di penjara di AS dibebaskan sebagai pertukaran dengan tebusan, serta menghentikan campur tangan tentera Perancis di Mali.


Sementara itu, pasukan keselamatan Algeria turut berjaya menangkap seorang daripada pengganas yang menyerang kompleks itu.


Lelaki itu yang status kerakyatannya tidak didedahkan memberitahu pegawai penyiasat bahawa terdapat 32 penyerang.


Dia juga mengesahkan kumpulan itu merupakan sebahagian daripada briged yang dikaitkan dengan al-Qaeda diketuai seorang pengganas dikenali sebagai Mokhtar Belmokhtar.

Tragedi tebusan itu bermula pada Rabu lalu, apabila sekumpulan militan menawan kompleks itu dan menahan beratus-ratus pekerja kompleks itu sebagai tebusan bagi menuntut tentera asing diketuai Perancis menghentikan campur tangan di Mali dan mengecam tindakan kerajaan Algeria menyokong kempen ketenteraan di Mali.

Pada keesokan harinya, tentera Algeria menggempur kompleks itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 tebusan dan 15 orang pengganas terbunuh.

Selain itu, hampir 670 tebusan termasuk 100 pekerja asing berjaya dibebaskan dalam operasi itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment