Saturday, 26 January 2013

Pilihan raya kecil uji populariti PAP



DUA orang pengundi membuang undi masing-masing 
di sebuah pusat pengundian kawasan Timur Punggol 
semalam. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai kayu 
pengukur terhadap populariti Parti Tindakan Rakyat 
(PAP) dalam kalangan rakyat Singapura.


SINGAPURA - Para pengundi di sini membuang undi semalam dalam satu pilihan raya kecil yang sekali gus menguji pendirian orang ramai terhadap parti pemerintah iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) selepas ia mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya umum di republik tersebut.
Kerusi kawasan Timur Punggol kosong apabila bekas Speaker, Michael Palmer meletak jawatan dan keluar daripada PAP selepas mengaku menjalin hubungan sulit pada Disember tahun lalu.
Kempen pilihan raya didominasi oleh isu sosioekonomi seperti kenaikan kos sara hidup. Para penganalisis menyatakan kehadiran tiga calon pembangkang pasti memecahkan undi pengundi anti-PAP.
Pusat-pusat pengundian dibuka seawal pukul 8 pagi selama 12 jam dan keputusan dijangka diumumkan pada malam ini (semalam).
Lebih 31,000 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu. Ia merupakan pilihan raya kecil kali kedua sejak pilihan raya umum pada Mei 2011 yang menyaksikan PAP hanya memperoleh undi sebanyak 60 peratus.
Doktor bedah, Koh Poh Koon yang mewakili PAP dicabar oleh Lee Li Lian dari Parti Pekerja, Desmond Lim (parti Perikatan Demokratik Singapura) dan Kenneth Jeyaretnam (Parti Reformasi).
Credit: AFP 

No comments:

Post a Comment