Saturday 19 January 2013

JENAYH BUNUH DIRI DI CHINA


China jadikan bunuh diri perbuatan jenayah

GAMBAR dikeluarkan kumpulan aktivis Freetibet.org beribu pejabat di London menunjukkan seorang petani Dorje Rinchen, 50, berlari selepas membakar dirinya   di Xiahe, wilayah Gansu,   timur laut China, 23 Oktober lalu. Mangsa meninggal dunia sejurus selepas kejadian. - Foto APGAMBAR dikeluarkan kumpulan aktivis Freetibet.org beribu pejabat di London menunjukkan seorang petani Dorje Rinchen, 50, berlari selepas membakar dirinya di Xiahe, wilayah Gansu, timur laut China, 23 Oktober lalu. Mangsa meninggal dunia sejurus selepas kejadian. - Foto AP
Beijing cuba tangani protes penduduk Tibet membakar diri

Beijing: China cuba menangani tindakan membakar diri penduduk Tibet dengan menjadikan bunuh diri sebagai jenayah selain menahan rakan penunjuk perasaan dan merampas beribu-ribu piring televisyen satelit.

Tindakan keras itu memberikan petunjuk awal kepemimpinan baru negara itu tidak akan mengalah kepada Tibet di sebalik bantahan dengan membakar diri dan kritikan antarabangsa. 

Selama berbulan-bulan, ketika penduduk Tibet di seluruh barat China membakar diri, pihak berkuasa bertindak balas dengan menghantar anggota keselamatan mengepung kawasan berkenaan dan menghalang sebarang aliran keluar maklumat tetapi usaha itu tidak menghentikan atau mengurangkan bantahan. 


Kes membakar diri memuncak November lalu ketika Parti Komunis China mengadakan Kongres mengenai peralihan kepemimpinan.


Kerja pasukan asing 

Disember lalu, Beijing mengumumkan menerusi akhbar bahawa kejadian itu kerja pasukan asing yang mahu memisahkan Tibet dengan Tanah Besar.

Ia memberi amaran, mereka yang membantu orang lain membakar diri boleh didakwa kerana membunuh. Penangkapan segera dilakukan. 

“Tibet semakin mendapat tempat dalam berita utama dunia kerana kes membakar diri dan ada kebimbangan untuk mengawalnya.

“Kepemimpinan baru terutama bimbang untuk memastikan masalah ini tidak menjejaskan reputasi mereka,” kata Profesor Undang-Undang dan Pakar Tibet di Universiti Hong Kong, Michael Davis.

Beliau menjangka Beijing akan terus menggunakan kekerasan.

Hampir 100 sami Tibet, paderi wanita dan penduduk biasa membakar diri sejak 2009, menggesa Beijing membenarkan kebebasan beragama lebih luas dan kepulangan pemimpin tertinggi Tibet yang kini hidup dalam buangan, Dalai Lama.

“Saya rasa kes bakar diri dan semua yang lain menunjukkan mereka tidak diterima penduduk Tibet dan semakin China menindas, semakin teruk tentangan yang mereka hadapi,” kata Davis. 

Credit: BH/AP

No comments:

Post a Comment