Saturday, 23 February 2013

Pemandangan biasa di China



ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai
Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai.
gegelung plastik di Guiyang
Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang.
timbunan sampah di Taiyuan
Sebuah keluarga berkongsi kenderaan bersama timbunan sampah di Taiyuan.
Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri.
Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa.

Pihak berkuasa negara itu berkata, kebanyakan penduduk di negara tersebut sanggup menggadai nyawa membawa muatan penuh di kenderaan masing-masing sebagai menjimatkan kos dan masa.

“Barang biasa dibawa melebihi had seperti sampah, botol kosong, jerami padi dan kayu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu menjadi kebiasaan penduduk terutamanya di wilayah Shanghai, Shouguang dan Huai-an.

“Kami sudah jelak mengeluarkan denda kerana mereka tidak mampu membayar saman dan perkara itu terlalu banyak berlaku di bandar tersebut. 

Credit: Sinar/DailyMail

No comments:

Post a Comment