Google+ Followers

Monday, 18 February 2013

METEORITE DIJUMPAI DIRUSSIA


Saintis Rusia sahkan serpihan batu meteorit


MOSCOW 18 Feb. - Sepasukan saintis daripada Akademi Sains Rusia mengesahkan serpihan batu luar biasa yang ditemui di kawasan pergunungan Ural, tengah Rusia, sebagai meteorit, yang jatuh baru-baru ini.

Agensi berita RIA Novosti, hari ini melaporkan, saintis yang melakukan ujian kimia ke atas serpihan batu tersebut, semalam merumuskan bahawa batu itu berasal dari angkasa lepas.

"Kami mengesahkan serpihan yang ditemui ketika ekspedisi di Tasik Chebarkul adalah meteorit," lapor akhbar itu memetik kenyataan seorang daripada pasukan penyelidik, Viktor Grokhovsky.

Beliau berkata, batu itu terbentuk daripada besi metalik, chrysolite dan sulfite.


Serpihan besar batu angkasa yang melintasi bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu, itu dikatakan menyamai kekuatan 30 butir bom nuklear yang digugurkan di bandar Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.

Ia bersepai berpuluh-puluh kilometer di atas Bumi, namun serpihannya dipercayai terhumban ke beberapa tempat di wilayah perindustrian itu.


Tujahan meteor itu menghasilkan gelombang kuat yang memecahkan tingkap kaca lebih 5,000 bangunan di wilayah tengah Rusia dan juga mencederakan lebih 1,200 penduduk tempatan.


Fenomena aneh itu menarik minat ramai sehingga ada pihak menawarkan kira-kira 300,000 ruble (RM30,000) untuk mendapatkan bahagian asli batu angkasa itu.


Credit: AFP