Sejarah Melaka
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari
Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam . Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.
Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara
Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur.
Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat dan Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timur, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Namun demikian, kemahsyuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portuga merupakan angkatan Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso d’ Albuquerque.
Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika itu, telah berundur ke Johor dan setelah bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi tidak berjaya. Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota A’ Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.
Kota
Pada tahun 1795, semasa Peperangan Napoleon, Melaka telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris buat sementara bagi mengelakkan ianya ditawan oleh negara Perancis. Melaka telah dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1818, melalui Perjanjian Venice. Melalui Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London 1824 yang mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda, British kembali menguasai Melaka serta kawasan utara selat dan Singapura manakala Belanda di bahagian selatan selat (Kepulauan Indonesia).
Dari tahun 1826, Melaka ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpengkalan di
Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British kembali menyambung penguasaannya di Tanah Melayu sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu diisyhtiharkan merdeka oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama pada 31 Ogos 1957.
Credit: MBMB
No comments:
Post a Comment