NEW CASTLE - Pengguna tidak lagi akan berhadapan kesukaran untuk mengecas telefon bimbit pada masa akan datang dengan terhasilnya ciptaan dari sebuah syarikat berpusat di New Castle, Pennsylvania.
Alat pengecas mudah alih digelar Epiphany One Puck kelihatan seperti pelapik untuk minuman panas atau sejuk yang terdiri daripada dua bahagian berlainan.
Difahamkan, alat ini berfungsi menggunakan teknologi enjin Stirling yang menukar haba kepada tenaga bagi mengalirkan kuasa untuk mengecas bateri peranti elektronik.
Tim Joseph dari Epiphany Labs berkata, ciptaan mereka diharap dapat menjadi perintis untuk menghasilkan bekalan kuasa lebih murah dengan hanya menggunakan haba.
"Epiphany One Puck masih dalam peringkat prototaip dan ia dijangka berada di pasaran pada awal tahun depan," katanya.
Pada masa ini, syarikat di Amerika Syarikat itu sedang berusaha bagi mendapatkan dana berjumlah 63,000 pound (RM300,300) untuk membiayai projek pengeluaran produk tersebut.

Credit: MailOnline/Sinar
No comments:
Post a Comment