Saturday 22 June 2013

Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki

BEIJING - Sebuah saluran televisyen di China menyiarkan rakaman sekumpulan lelaki menyambut seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah yang jatuh dari tingkap rumah lima tingkat.
Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Qiqi dilaporkan selamat.
Insiden itu dikatakan berlaku di Ninghai, wilayah timur Zhejiang.
Rakaman dari sebuah kamera keselamatan yang kemudiannya disiarkan oleh pihak CCTV menunjukkan beberapa orang lelaki di sebatang jalan menuding ke bahagian atas sebuah bangunan.
Mereka kemudian bergegas menyambut Qiqi yang tiba-tiba jatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.
CCTV memberitahu beberapa orang pekerja syarikat penghantaran berhampiran mendengar kanak-kanak itu menangis dan melihat kakinya terjuntai di tingkap.
Ibu bapa Qiqi dilaporkan meninggalkan kenak-kanak itu sendirian di rumah ketika dia tidur. Tetapi, apabila bangun, Qiqi memanjat tingkap rumahnya itu.
Dalam usaha menyelamatkan Qiqi, dua orang lelaki mengalami kecederaan.
Seorang mengalami kecederaan tangan, seorang lagi cedera di bahagian lehernya. - AP

No comments:

Post a Comment