Saturday 22 June 2013

Le Mans- Pemandu Denmark terbunuh dalam kemalangan ngeri

LE MANS (Perancis): Pemandu pasukan Aston Martin bagi perlumbaan 24 jam Le Mans, Allan Simonsen terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan ngeri hari ini. 

Penganjur perlumbaan, The Automobile Club de l’Ouest dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu warga Denmark yang berusia 34 tahun itu gagal mengawal keretanya sehingga menyebabkan ia berpusing pada pusingan ketiga sebelum merempuh penghadang keselamatan. 


Katanya, pasukan kecemasan perlumbaan dikerahkan ke lokasi kejadian serta merta bagi memberi bantuan kepada Simonsen yang mengalami kecederaan teruk susulan kemalangan itu. 

Bagaimanapun, tambahnya lagi, Simonsen meninggal dunia sejurus selepas dipindahkan ke Pusat Perubatan Litar. - AFP 

No comments:

Post a Comment