Google+ Followers

Saturday, 22 June 2013

Semua sekolah di Muar ditutup sehingga diberitahu

MUAR - Pegawai Pendidikan Daerah Muar dan Ledang, Ahmad Othman mengisytiharkan semua sekolah di daerah ini ditutup esok sehingga diberitahu.
Arahan berkenaan membabitkan semua 211 sekolah, 76,940 pelajar dan 6,846 guru.
"Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 767 pagi ini, saya mengumumkan penutupan semua sekolah di Muar dan Ledang," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Daerah Muar sebentar tadi.