Aktiviti terbabit menjadi isu di kalangan masyarakat kerana dilihat mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan meraih pendapatan untuk pengurusan sekolah.

Nazir Sekolah-sekolah Agama Jaik, Ismail Zakaria berkata, pusat pengajian yang berkonsepkan pondok itu juga tidak berdaftar di bawah pengawasan Jaik seperti yang ditetapkan dalam Enakmen Sekolah-sekolah Islam 1988.

Menurutnya, aktiviti berkenaan semakin menular dijalankan di merata tempat terutamanya kawasan tumpuan orang ramai seperti hentian rehat, bank, restoran dan lain-lain.

“Ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius bagi memastikan operasi sesebuah sekolah berada dalam pada landasan dan sistem sewajarnya serta perlu dihentikan segera.

“Ini kerana pada usia yang masih muda, pelajar-pelajar terbabit sepatutnya berada di sekolah, tetapi mereka ini berada di premis-premis perniagaan dan sebagainya adalah keadaan yang tak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru itu, Ismail berkata, tujuan lawatan mengejut untuk melihat dari dalam suasana dan keadaan sekolah serta mendapat pandangan-pandangan daripada pihak pengurusan sekolah berkaitan aktiviti tersebut.

“Kita melihat ini satu perkara yang perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan sekolah. Kita memastikan operasi sekolah berada dalam keadaan baik.

“Kita perlu memastikan bahawa setiap pelajar berada di sekolah pada waktu-waktu yang sepatutnya. Kita amat  berharap pihak pengurusan cuba melihat pandangan masyarakat yang kini semakin peka dengan sistem pendidikan,” katanya.

Tambah beliau lagi, mengikut aduan yang buat, pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti jualan amal itu dalam lingkungan umur 11 hingga 13 tahun.

“Jadi kalau ikut sistem pendidikan kita, mereka ini berada pada darjah lima hingga tingkatan satu. Jadi, kita di bahagian pendidikan Jaik akan memantau dan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah bagaimana kita mahu
selesaikan masalah ini.

“Pihak sekolah perlu bertanggungjawab di atas apa yang dilaksanakan dan kita tidak mahu isu ini berpanjangan selepas pihak sekolah beberapa kali berjanji untuk tidak melaksanakan aktiviti sedemikian. 


Tindakan selanjutnya akan dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menentukan mekanisme penyelesaian masalah ini,” katanya.

Difahamkan pusat pengajian berlandaskan sistem pondok itu sudah beroperasi sejak tahun 2007 turut menjadikan aktiviti jualan amal sebagai dasar sekolah serta satu kegiatan ko-kurikulum.

Sementara itu, pengajarnya, Sham Taha berkata, pihak sekolah sememang menjalankan aktiviti berkenaan bagi mendidik pelajar dengan aktiviti perniagaan dari awal.

“Ini adalah satu sekolah alternatif dan terdiri daripada anak yatim, anak orang miskin termasuk anak-anak kakitangan maahad ini sendiri. Selain itu, ada juga pelajar kami terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah
tertentu dan diasuh dengan pendidikan fardu ain serta pengajian al-Quran sehingga mereka pandai.

“Manakala aktiviti jualan amal yang kami adakan biasanya selepas waktu sekolah atau waktu cuti. Pihak sekolah juga tidak memaksa pelajar untuk keluar dan ini salah satu cara untuk mendidik mereka dengan sifat berdikari,” katanya.


Quote:
Originally Posted by DDos View Post
Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.



Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.

Siapakah AZHAR WAHAB?

Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.



Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.



Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu. 



HASILNYA? ... SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.

Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.












Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ...



























Beginilah rupanya ... 





Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba? 



Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.

Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.

Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA

Sumber : http://www.mazidulakmal.com/2013/04/...hfiz-amal.html


Credit:  NOOR FAIZAL GHAZALI/Sinar Harian