Monday 24 June 2013

1,804 sekolah dibuka semula

DARURAT jerebu di Muar, Johor ditarik balik setelah keadaan jerebu di bandar itu semakin pulih dengan bacaan IPU 125 pada pukul 5 petang semalam.


KUALA LUMPUR - Semua 1,804 buah sekolah di enam buah negeri membabitkan kira-kira 1.5 juta pelajar yang ditutup semalam ekoran krisis jerebu kritikal yang melanda negara sejak beberapa hari lalu dibuka semula hari ini setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bertambah baik.
Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup.
Semua 1,230 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.
Penutupan itu membabitkan 93 buah sekolah rendah dan 38 buah sekolah menengah.
Negeri-negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah semalam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah wajib ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 300.

No comments:

Post a Comment