Sunday 23 June 2013

KERAP BASUH MUKA

Sepang: Selain memakai topeng muka dan minum air yang banyak, orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka terutama selepas berada di luar bangunan bagi mengelakkan dijangkiti penyakit berkaitan jerebu.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, walaupun badan manusia mempunyai sistem penapisan udara sendiri, tetapi partikel udara yang halus ini tetap berada di sekeliling kawasan seseorang itu berada.

“Jadi, setiap kali keluar bangunan cepat-cepat basuh muka sebaik masuk semula ke dalam bangunan, bagi memastikan partikel udara dapat dihilangkan daripada badan.
“Paling penting, hadkan aktiviti di luar rumah dan jika terpaksa keluar pakai topeng muka sebagai perlindungan,” katanya pada selepas Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.

Selain itu, Dr Azman berkata, pihaknya juga sudah mendapat arahan daripada Menteri Kesihatan supaya membekalkan topeng muka kepada orang ramai yang pergi ke hospital terutama golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit asma dan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment