Wednesday 19 June 2013

Jerebu: 211 sekolah di Muar, Ledang ditutup

MUAR 20 Jun - Sebanyak 211 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dan Ledang ditutup mulai tengah hari ini berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencatat bacaan 350, melebihi paras bahaya.

Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, surat pekeliling mengenai penutupan itu telah dikeluarkan kepada semua sekolah kedua-dua daerah berkenaan.

Menurutnya, sekolah berkenaan akan ditutup beberapa hari bergantung kepada perkembangan IPU semasa.

No comments:

Post a Comment