Wednesday 19 June 2013

BACAAN IPU JEREBU NAIK MENDADAK

KUALA LUMPUR: Keadaan berjerebu di negeri Johor semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kota Tinggi dan Muar terus meningkat mencatatkan bacaan sangat tidak sihat.
Sehingga jam 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar naik mendadak kepada 383 berbanding 337 pada jam 7 pagi tadi diikuti Kota Tinggi dengan 232 berbanding 211 awal pagi tadi. 
Sementara itu, dua kawasan di Johor iaitu Pasir Gudang dan Larkin Lama merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 199 dan 181. 


Kawasan yang turut mengalami jerebu teruk ialah Melaka, iaitu Bandaraya Melaka (139) dan Bukit Rambai (119).

No comments:

Post a Comment