Tuesday, 18 June 2013

Remaja beli senapang tiruan melalui internet ditangkap

IPOH - Keghairahan seorang pelajar tingkatan tiga membeli 'mainan' berupa beberapa laras senjata tiruan melalui internet mengundang padah apabila dia dicekup Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh kelmarin.
Remaja berusia 15 tahun terbabit ditahan di rumahnya di sini berdasarkan alamat tertera pada bungkusan kurier yang dikesan menerusi mesin pengimbas Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, antara senjata tiruan yang dirampas kira-kira pukul 12 tengah hari itu ialah senapang jenis M16, Air Rifle MP5, pistil jenis Glock dan Colt 45 automatik.
Katanya, kesemua senjata tiruan berkenaan berkualiti tinggi dan menyerupai unit sebenar serta mampu mendatangkan kecederaan serius jika terkena tembakan yang dilepaskan.
"Air Rifle MP5 yang dirampas menggunakan peluru tembaga manakala yang lain disertakan dengan set peluru getah.
"Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Kastam negeri Perak di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment