Sunday 23 June 2013

Jerebu- 117 sekolah di Kluang, Batu Pahat ditutup

Johor Bahru: Sebanyak 117 sekolah rendah dan menengah di daerah Kluang dan Batu Pahat membabitkan 134,872 pelajar masih ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih ditahap tidak sihat. 

Selain itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup apabila IPU mencecah 400.


Turut ditutup ialah 211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya. 

Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula hari ini (Isnin). 

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd Nor A Gani, berkata keputusan membuka semula sekolah membabitkan 187,590 pelajar itu dibuat susulan IPU di kawasan berkenaan mulai menurun dan tidak lagi berada di tahap tidak sihat.

No comments:

Post a Comment