Saturday, 22 June 2013

Indonesia enggan mohon maaf

Marty Natalegawa
Marty Natalegawa
JAKARTA - Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia.

Menteri Luar, Marty Natalegawa menegaskan, kerajaan sedang melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.

“Kerajaan Singapura perlu sedar, kami melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah itu. Kami juga telah berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa tahun lalu dan usaha penambahbaikan juga telah dibuat," katanya.

Menurutnya, permohonan maaf itu tidak wajar dilakukan kerana Singapura telah bekerjasama untuk menangani masalah itu termasuk berkongsi maklumat terkini.

“Menteri Alam Sekitar Singapura dihantar ke sini untuk berbincang dalam mencari penyelesaian. Maka itu untuk apa kami perlu memohon maaf,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment