Sunday 23 June 2013

Jerebu-Sembilan langkah segera diumumkan di Muar, Ledang

JOHOR BAHRU: Susulan pengisytiharan darurat berikutan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kritikal melebihi 750 di Daerah Muar dan Ledang, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencara Negeri mengambil beberapa langkah segera, merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja. 

Sembilan langkah segera akan diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri antaranya ialah: * Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari. 

* Menentukan semua sekolah ditutup. 

* Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. 

* Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. 
* Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap. 

* Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka. 


Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan: 

* Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya 

* Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat 

* Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

No comments:

Post a Comment