Google+ Followers

Saturday, 22 June 2013

Muar diisytihar darurat

Muar diisytihar darurat
Keadaan bandar Muar dengan bacaan IPU mencecah 421 pada jam 1 petang semalam.
SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750. 
 
Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300. 
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.
 
MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.