Thursday 20 June 2013

Semua Sekolah Di Batu Bahat Diarah Tutup Selama Dua Hari



    BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
    Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
    Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
    Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
    "Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
    Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.

    No comments:

    Post a Comment