Friday 21 June 2013

Jerebu-Sekolah di empat daerah di Johor diarah tutup

JOHOR BAHRU - Selepas Muar dan Ledang, semua sekolah di daerah Kota Tinggi, Pontian, Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarahkan ditutup bermula semalam gara-gara masalah jerebu yang semakin membimbangkan.
Pengarah Pelajaran Johor Mohd. Nor A. Ghani berkata seramai 267,590 murid dan pelajar di semua empat daerah terbabit diarahkan bercuti selepas bacaan Indeks Pen cemaran Udara (IPU) melebihi paras berbahaya.

Jelas Mohd. Nor, di Batu Pahat, terdapat seramai 80,000 murid di semua 175 buah sekolah menengah dan rendah manakala di Pasir Gudang, terdapat 116,493 pelajar di 105 buah sekolah menengah dan rendah.
Sementara itu di Kota Tinggi, penutupan membabitkan 97 sekolah rendah dan menengah melibatkan 37,108 pelajar manakala 98 sekolah rendah dan menengah melibatkan 33,989 pelajar di Pontian.

No comments:

Post a Comment