Sunday 23 June 2013

Pejabat imigresen Muar tutup mulai esok

PUTRAJAYA 23 Jun - Pejabat Imigresen Muar akan ditutup bermula esok sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan susulan pengisytiharan darurat bencana jerebu di daerah Muar dan Ledang di Johor.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia memberitahu Bernama di sini, penutupan itu tidak melibatkan pejabat imigresen lain di negeri itu.

Orang ramai boleh menghubungi bilik Gerakan Jabatan Imigresen menerusi talian 03-8880155 untuk sebarang pertanyaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor, ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara di daerah Muar khususnya melebihi paras 500.

No comments:

Post a Comment