Saturday 22 June 2013

Jerebu- IPU Di Muar Meningkat Kepada 746

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad.
Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu.
“Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya.
“Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya.
Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453.
Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat.
Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117).
Credit::  DESIREE TRESA GASPER

No comments:

Post a Comment