Friday 21 June 2013

Berkesan seru jin berdamping

Alor Setar: Walaupun tidak melalui proses perguruan, sesuatu ayat atau mantera tetap akan berkesan asalkan ia mempunyai kandungan ke arah menyeru jin supaya berdamping, sekali gus menjadikan sesuatu ilmu itu mujarab.
Pengamal Perubatan Tradisional Islam Al-Banjary Nor Azman Md Derus Al-Banjary berkata, seseorang itu tidak boleh mengambil mantera atau ayat daripada Internet dan sumber lain kerana ia boleh memudaratkan pengamalnya.

Menurutnya, ayat atau mantera bersifat ilmu kebatinan ini mempunyai daya untuk menarik jin kerana dengan bantuan pihak ketiga yang membolehkan sesuatu ilmu itu berkesan.
“Apa yang dialami lelaki itu (Jefri) adalah kesan daripada gangguan jin. Kita lihat sekarang banyak ilmu sihir boleh dipelajari di Internet tanpa menuntut secara perguruan. “Boleh jadi ayat itu berkait ilmu kebatinan seperti yang dialami Jefri. Sebelum mengamalkan ayat tertentu, kita perlu tahu kegunaannya dan adakah ia bersifat mantera iaitu menyeru jin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nor Azman menasihatkan Jefri atau sesiapa mengalami gangguan jin supaya kerap membaca surah al-Ikhlas, an-Nas dan al-Falaq sepanjang hari bagi mengusir jin yang berdamping dengannya sekali gus memulihkan keadaan dirinya.

No comments:

Post a Comment