Tuesday 18 June 2013

Ibu reda kejadian timpa anak

Batu Pahat: “Saya reda kejadian menimpa anak dan tidak mahu memanjangkan perkara ini,” kata wanita dipercayai ibu mangsa berusia 50-an yang enggan dikenali ketika ditemui di rumahnya di Parit Baring, Parit Raja di sini, semalam.
Wanita itu dipercayai ibu kepada murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Muhammad Khairul Hakimi Ab Gani, 8, yang meninggal dunia selepas terjatuh akibat menuruni tangga dengan menggelongsor pada pemegang tangan di tangga tingkat dua Blok A sekolah itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, arwah Muhammad Khairul disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke pusat perubatan berhampiran.
Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, semua guru dinasihatkan bertindak tegas mendisiplinkan murid pada waktu persekolahan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Menurutnya, pengawasan guru pada waktu persekolahan amat penting kerana masih dalam tanggungjawab mereka.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Khairul Hakimi yang ditimpa kemalangan di sekolah itu, kelmarin.


“Saya mencadangkan besi di kawasan tangga setiap sekolah dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

No comments:

Post a Comment