Saturday, 22 June 2013

Pelajar Malaysia maut dalam nahas di Jordan

KUALA LUMPUR 22 Jun - Seorang pelajar Malaysia dari Universiti Kolej London yang bercuti di Jordan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama empat pelajar lain terbabas dan terjunam ke dalam gaung semalam.

Mangsa, Sumaiyah Romli, yang merupakan pelajar tahun satu bagi kursus Astronomi Fizik dan berasal dari Alor Setar, Kedah itu meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang waktu Jordan itu juga, empat pelajar Malaysia yang turut berada dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera adalah pelajar dari London School Of Economy, Nur Ili Dayana Mazlan@Masgelan serta tiga orang pelajar Universiti Yarmouk, Jordan iaitu Mohamad Shukri Alias; Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin dan Humairak Ibrahim.

No comments:

Post a Comment