Saturday, 22 June 2013

100,000 sokong Morsi

100,000 sokong MorsiDUA penyokong Presiden Mohamed Morsi mencium gambar pemimpin itu pada perhimpunan di Kaherah semalam.
KAHERAH: Lebih 100,000 penyokong presiden Mesir Mohamed Morsi, mengadakan perhimpunan di ibu negara Mesir, bagi menunjukkan kekuatan mereka, melaungkan “Revolusi Islam!” menjelang bantahan besar-besaran pembangkang hujung bulan ini. 

Ulasan duta Amerika Syarikat yang diterjemahkan sebagai kritikal berikutan bantahan yang dirancang pembangkang pula mencetuskan kemarahan, dengan seorang aktivis memaklumkan diplomat supaya tidak masuk campur. 


Perhimpunan besar-besaran kelmarin dilaporkan digesa penyokong puak Islam untuk mengutuk keganasan, namun ia sebaliknya menampilkan kemunculan perhimpunan perang. 

Peserta, kebanyakannya berjambang dan memakai jubah atau kain lilit kepala hijau, melaungkan kata-kata untuk melindungi Presiden Mesir Mohamed Morsi daripada penentangnya. 

Sebilangan yang berucap di khalayak ramai berkata mereka mahu menggempur penunjuk perasaan pembangkang 30 Jun ini, yang juga ulang tahun kekuasaan Morsi. 

“Kami mahu menegaskan bahawa kami akan melindungi kerajaan dengan darah dan jiwa kami,” isytihar Mohammed el-Beltagi, seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, kumpulan yang dianggotai Morsi. 

Kebanyakan peserta diangkut dengan bas dari tempat lain di ibu kota ini atau wilayah paling jauh. 


Mereka mengibarkan bendera merah, putih dan hitam Mesir selain kain rentang hijau mewakili Ikhwanul dan poster presiden. Kebanyakan menggenggam penumbuk ke udara. 

Anggota parti beberapa memakai topi keledar merah dan membawa kayu plastik putih mengawal pusat pemeriksaan sementara, menggeledah beg dan memeriksa pengenalan penunjuk perasaan yang membanjiri kawasan itu. 

Perhimpunan kelmarin adalah bukti terbaru perpecahan di Mesir dalam tempoh dua tahun sejak pemimpin kuku besi Hosni Mubarak disingkir dalam kebangkitan popular. 

Pembahagian itu menjerumuskan negara ke dalam pertempuran jalanan dan menyebabkan Mesir terbahagi kepada dua kem, dengan presiden bersama penyokong Islam serta penduduk sekular, liberal, fahaman sederhana, wanita dan minoriti Kristian pada pihak satu lagi. - AP

No comments:

Post a Comment