Wednesday, 10 July 2013

WHO dedahkan 6 juta maut setiap tahun disebabkan merokok

PANAMA CITY: Meskipun kempen awam mengenai kesihatan, merokok masih kekal mendahului penyebab kematian di seluruh dunia dengan hampir enam juta maut setiap tahun, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

Angka kematian itu kebanyakannya di negara miskin dan berpendapatan sederhana.
Sekiranya arah alihan itu kekal, bilangan yang maut disebabkan penggunaan tembakau akan meningkat kepada lapan juta menjelang 2020, kata WHO dalam satu taklimat persidangannya di Panama. 


Kira-kira 80 peratus kematian yang berkaitan penggunaan tembakau yang diunjurkan untuk tahun 2030 ialah di negara miskin dan sederhana.

“Jika kita berbuat sesuatu dan mengharamkan iklan rokok, promosi dan penajaan, perokok dan anak remaja akan terus mengambil bahan tembakau seperti yang dikehendaki oleh industri tembakau," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan.

“Setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi penduduknya daripada penyakit atau kematian berkaitan tembakau," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment