Monday 29 July 2013

Pengasas Bank Arab-Malaysia mati ditembak


KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengasas Bank Arab-Malaysia yang kini dikenali sebagai AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di sebuah tempat letak kereta di Lorong Ceylon, di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan penduduk tetap negara ini dikatakan telah ke kuil Ceylon Kuan Yin sekitar 12.30 tengah hari bersama isterinya yang berusia 49 tahun yang turut cedera untuk berbincang dengan seorang lelaki berhubung satu urus niaga saham.


Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.
Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.





 

No comments:

Post a Comment