Friday 19 July 2013

650 warga Britain maut suhu melampau

People at Blyth beach, Northumberland
Pihak berkuasa beri penduduk amaran cuaca terlalu panas

London: Seramai 650 warga Britain maut kerana cuaca terlalu panas menyebabkan pihak berkuasa tempatan memberi amaran kepada penduduk.

Angka kematian itu disiarkan oleh Kajian Kebersihan dan Ubat Tropika London dalam tempoh sembilan hari lalu.
“Kebanyakan adalah orang tua khususnya berusia lebih 75 tahun,” kata ahli perangkaan epidemiologi, Ben Armstrong. 



Sunseekers Head To The Beach as the country enjoys a heatwave
Ambil langkah keselamatan

Angka itu disiarkan selepas polis memberi amaran supaya penduduk berhati-hati mengambil langkah keselamatan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian berasingan, Rabu lalu. 

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang lelaki berumur 41 tahun maut dalam insiden berasingan di Norfolk, manakala seorang wanita berusia 40 tahun maut di Cornwall selepas berenang di laut.

Di bandar Lincoln, seorang posmen mati ketika menghantar surat dipercayai tidak tahan panas. 
Suhu yang tinggi memberi masalah di London minggu ini, apabila stesen Waterloo menutup empat platform kerana besi landasan bengkok.

“Satu-satunya kesan buruk cuaca terlalu panas ialah keadaan dalam kereta api panas,” kata seorang penduduk di Canary Wharf, kawasan dermaga London.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Britain memberitahu, suhu tertinggi pada 2013 ialah 32.2 Celsius (89.9 Fahrenheit) di Hampton, barat laut London.

Peramal cuaca menjangka suhu akan meningkat selepas ini.

Sebelum ini, suhu tertinggi dicatat di Surrey, selatan England pada 2006 iaitu 36.5 Celsius.

Suhu paling tinggi dalam sejarah ialah 38.5 Celsius di tenggara Kent pada 2003.

Pusat peranginan popular 

Suhu itu menjadi faktor mengapa pusat peranginan tepi pantai menjadi popular apabila ramai mengunjunginya untuk menyejukkan diri. 

Keadaan kering pada bulan Julai dijangka yang paling kering kali ini sejak suhu dicatat pada 1766. - REUTERS

No comments:

Post a Comment