Friday 26 July 2013

Dakwaan sejuta pengikut tidak benar

Putrajaya: Kerajaan menganggarkan ada 200,000 hingga 300,000 pengikut Syiah di Malaysia dengan kira-kira 65 peratus daripadanya beraliran Syiah Imamah atau Imam Dua Belas.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zin, berkata pemerhatian turut mendapati ada 250 akaun Facebook yang menyebarkan fahaman itu.


“Ada pihak daripada pertubuhan itu mendakwa keahlian mereka mencecah sejuta orang, namun ia tidak benar dan hanya dakwaan supaya masyarakat berpendapat mereka makin berpengaruh,” katanya semalam.

Zamihan juga berkata, pengikut pertubuhan itu mempunyai markas di setiap negeri, termasuk Kelantan, Perlis dan Johor.

Punca tertarik

“Malah, di negeri tertentu ada banyak cawangan seperti Gombak, Klang dan Ulu Klang di Selangor, selain di Kedah dan Kuala Lumpur,” katanya.

Ditanya punca orang Melayu mudah tertarik dengan Syiah, beliau berkata, ia kerana amalan fahaman itu mudah, seperti solat jamak dan qasar bagi fardu Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak. 
“Mereka juga mengamalkan nikah mutaah, iaitu tanpa saksi dan wali,” katanya.


Beliau berkata tempoh perkahwinan dipersetujui kedua-dua pihak lelaki dan perempuan paling minimum selama 15 minit, manakala bilangan isteri tiada had dan mencecah sehingga 1,000 isteri.

“Ketika berpuasa, pengikutnya boleh melakukan jimak dengan isteri dan ini berbeza dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah. Mereka mengamalkan Islam secara jalan pintas,” katanya.

Beliau berkata, fahaman itu berbahaya jika tidak dibendung kerana ia juga menghalalkan darah pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah yang mereka dakwa sebagai sesat.

No comments:

Post a Comment