Wednesday, 10 July 2013

HIDANGAN SIHAT RAMADAN

Hidangan sihat RamadanAmalkan pengambilan makanan semula jadi seperti sayur-sayuran
Aneka hidangan disediakan saat berbuka puasa. Kebanyakan makanan itu pula membuatkan kecur air liur, apatah lagi ketika perut lapar, namun belum tentu hidangan disajikan di depan mata sihat dan boleh dinikmati seenak-enaknya. 

Setiap hari manusia memerlukan 60 peratus karbohidrat kompleks manakala protein, 10 hingga 15 peratus dan selebihnya lemak sihat. Justeru, walaupun berpuasa keperluan zat itu perlu seimbang bagi memastikan tubuh tidak menjadi lemah.


Pakar pemakanan menyarankan, jika ingin mendapatkan manfaat kesihatan dari berpuasa, banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.. 

Ketika berpuasa, anda tidak makan dan minum sekurang-kurangnya 14 jam sekali gus organ dalam tubuh turut ‘beristirahat’. Tubuh pun secara semula jadi melakukan detoksifikasi atau membuang toksin yang selama ini ‘berkumpul’. Oleh itu, selepas berpuasa kulit lebih bersih manakala tekanan darah dan gula dalam darah turun serta fungsi organ menjadi lebih baik. 

Untuk mengoptimumkan proses berkenaan digalakkan mengambil makanan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makanan yang diproses. 

Pilihlah menu sederhana tetapi berkhasiat terutama makanan yang boleh terus dimakan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kandungan nutrisi tinggi. Lebihkan makanan itu ketika berbuka dan bersahur. 

Ketika berbuka, gunakan rasa manis yang terkandung dalam buah-buahan selain jadikan jus buah-buahan menjadi penutup menu sahur harian. 



Zat kurma 

Hakikatnya, buah-buahan mengandungi zat, vitamin dan mineral. Ada banyak buah-buahan yang disarankan bagi orang yang berpuasa. Pertama ialah kurma dan ia makanan paling kaya kandungan gula glukosa. Kurma mengandungi sejumlah besar gula iaitu antara 75 hingga 87 peratus. 

Lebih 55 peratus gula dalam kurma berbentuk glukosa manakala 45 peratus lagi membentuk fruktosa. Kurma mengandung sejumlah protein, lemak dan beberapa vitamin antara lain vitamin A, B2, dan B12. Kurma turut kaya dengan beberapa mineral terutama kalsium, fosfor, potassium dan sebagainya. 



Khasiat buah tropika 

Betik banyak khasiat. Buah tropika ini mengandung vitamin C dan pro vitamin A yang dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan dan melancarkan saluran pencernaan makanan. Bagi mereka yang berpuasa, ia membantu mudah buang air besar, atasi masalah sembelit dan buasir. 

Pisang juga mengandungi vitamin A, B1, B2, dan C yang antara kebaikannya ialah memulihkan stamina tubuh. Pisang juga sesuai bagi orang yang berpuasa kerana boleh membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh. 

Selain itu pisang memiliki kandungan tiga gula; fruktosa, sukrosa dan glukosa serta mempunyai semakin banyak karbohidrat berbanding buah lain. 

Mangga pula mengandung vitamin A, E, dan C yang dapat membersihkan darah. Bagi orang yang berpuasa, jus buah mangga dapat dapat mengurangi dehidrasi. Buah ini juga adalah sumber serat dan antioksidan yang sangat baik. 

Mangga turut diketahui sebagai buah yang paling banyak diambil ramai orang di dunia kerana ia bebas lemak, bebas sodium dan kolesterol. 



Strawberi dan epal 

Bagi yang kurang gemar buah-buahan tempatan, boleh makan strawberi dan epal. Strawberi walaupun bersaiz kecil ia kaya vitamin A, vitamin B1, B dan C dan antioksidan, bagus untuk melawan zat radikal bebas. Sehingga daya tahan tubuh orang yang berpuasa dan terjaga daripada serangan virus. 

Banyak manfaat epal. Tidak menghairankan apabila di Barat muncul slogan "Sehari sebiji epal, menghindarkan anda daripada berjumpa doktor.” Mengandung vitamin A, B dan C, epal dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, mengatasi masalah nafsu makan yang terlalu besar.

No comments:

Post a Comment