Thursday, 11 July 2013

Sultan Johor berkenan pandu Sinaran Selatan ke Kluang



Sultan Johor berkenan pandu Sinaran Selatan ke KluangSultan Ibrahim memandang keluar tingkap sebelum memulakan perjalanan ke Kluang dengan memandu sendiri kereta api, Sinaran Selatan No12, di JB Sentral, Johor Bahru, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam, berkenan memandu kereta api, Sinaran Selatan No12, dari JB Sentral ke Kluang. 

Kereta api yang dalam perjalanan dari Woodlands, Singapura ke Kuala Lumpur itu, membawa tujuh gerabak bersama 150 penumpang. 



Dibantu pemandu KTMB 

Baginda yang memandu kereta api kali kelima, dibantu Pemandu Lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kamal Hasnawi. 




Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir, turut hadir sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 50 kilometer, yang dianggarkan mengambil masa kira-kira dua jam 15 minit itu. 

Baginda memiliki Lesen Kelas 26 yang membolehkan memandu kereta api secara rasmi kira-kira tiga tahun lalu, selepas memandu pengangkutan darat itu sejauh 391.3 kilometer ketika menjayakan Kembara Mahkota Johor 2010.

No comments:

Post a Comment