Friday, 19 July 2013

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH

Rahsia & Keistimewaan Surah Al-Fatihah

-Anas bin Malik telah menyebutkan Al-Fatihah itu sebagai Ummul Kitab
-Surah ini juga disebut juga As-Shalah kerana surah Al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat.
-Al-Fatihah juga disebut sebagai Asy-Syifa’ kerana ia merupakan penyembuh bagi setiap racun.
-Selain itu, ia juga disebut sebagai ar-Ruqyah
-Menurut pendapat Ibnu Abbas, Qatadah dan Abu al-‘Aliyah, surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah.
-Surah ini terdiri daripada tujuh ayat. Ini bermakna, Bismillah adalah sebahagian daripada surah ini.


Keutamaan Surah Al-Fatihah

-Surah Al-Fatihah dijadikan sebagai jampi (Ruqyah).
-Selain itu, surah ini juga dijadikan sebagai cahaya.
-Ia juga menjadi rukun utama dalam solat. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa menerjakan sesuatu solat, lalu ia tidak membaca
Ummul Kitab (Al-Fatihah) di dalamnya, maka solatnya terputus. ”


Tafsir Isti’adzah dan Hukum

-Menurut jumhurul ulama bahawa isti’adzah dilakukan sebelum membaca Al-Quran untuk mengusir godaan syaitan.
“Jika kamu hendak membaca Al-Quran, maka hendaklah kamu
minta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”.
(surah Al-Maidah, ayat 6)
-Hukum membaca isti’adzah:
• Jumhurul ulama berpendapat bahawa isti’adzah itu sunnah hukumnya dan bukan suatu kewajiban, sehingga berdoa bagi orang yang meninggalkannya.
• Dalam kitab al-Imla, Imam asy-Syafi’I mengatakan, “dianjurkan membaca ta’awudz dengan jahr, tetapi jika dibaca dengan siri juga tidak apa-apa.
• Menurut Abu Hanafiah dan Muhammad, ta’awudz itu dibaca dalam solat untuk membaca Al-Quran.
• Abu Yusuf pula berpendapat bahawa ta’awudz itu justeru dibaca untuk solat.



Manfaat Ta’awudz

• Uuntuk menyucikan dan mengharumkan mulut daripada kata-kata yang tidak mengadungi faedah dan buruk.
• Digunakan untuk memohon pertolonan daripada Allah sekaligus memberikan pengakuan ke atas kekuasaan-Nya, kelemahan sebagai hamba, dan ketidakberdayaannya dalam melawan musuh yang sesungguhnya (syaitan).

-Makna dan Pengertian isti’adzah
• Al-isti’adzah bererti permohonan kepada Allah SWT dari setiap yang jahat.


Tafsir Basmalah

-Keutamaan Basmalah
• Disunahkan pada saat memulakan perkerjaan
• Disunahkan pada saat hendak melakukan sebarang aktiviti yang baik dan positif.
• Disunahkan untuk dibaca di awal wudhuk.
• Disunahakan dibaca pada saat hendak makan.
• Disunahkan membaca ketika hendak berjimak.


Tafsir “Alhamdulillahirabbil’alamin”

-Abu Ja’far bin Jarir mengatakan, alhamdulillah bererti bersyukur kepada Allah SWT semata-mata dan bukan kepada sembahan selainNya
-Ibnu Jarir Rahimahullah mengatakan, alhamdulliah merupakan pujian yang disampaikan Allah SWT untuk diriNya sendiri.
-Alif dan lam pada kalimah alhamdu dimaksudan untuk melengkapi bahawa segala macam jenis dan bentuk pujian hanya untuk Allah semata-mata.
-Arrab pula adalah pemilik, penguasa, dan pengendali.
-Ar-rabb itu jega merupakan nama yang agung (al-ismul a’zham).
-Alamun bererti segala sesuatu yangada selain Allah SWT
-Al’awalim bererti berbagai macam makhluk yang ada di langit, bumi, daratan dan lautan.
-Alhamdulillahirabbil’alamin bererti segala puji bagi Allah puji bagi Allah pemilik seluruh makhluk yang ada di langit dan bumi.



Tafsir “Ar-rahmannirahim”

-Al-Qurthubi mengatakan, Allah menyifati diri-Nya dengan ar-rahman dan ar-rahim setelah rabbul’alamin, untuk mengiringi anjuran (targhib) sesudah peringatan (tahib)


Tafsir “Malikiyaumiddin”

-Bermakna “Yang menguasai hari pembalasan”
-Malik berasal dari kata al-milk yang bererti “kepemilikan” manakala yaumiddin bermaksud hari pembalasan
-Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua makhluk, disebut juga sebagai hari kiamat.
-Pada hari tersebut, mereka diberi balsan sesuai dengan amalannya di dunia.


Tafsir “Iyyakana’budu wa iyya kanasta’in”

-Bermaksud “Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
-Ibadah bererti ungkapan dari kesempurnaan cinta, ketundukan dan ketakutan.
-Kita perlulah memohon pertolongan daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud :
“maka beribadalah kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya. Dan
Sekali-sekali Rabbmu tidak lari dari apa yang kamu kerjakan”
(Surah Huud, ayat 123)
-Ibadah kepada-Nya merupakan tujuan, sedangkan permohonan merupakan jalan untuk beribadah
-Ibadah merupakan maqam (kedudukan) yang sangat agung, yang dengannya seorang hamba menjadi mulia kerana kecenderungannya kepada Allah sahaja.


Tafsir “Ihdinashshiratha lmustaqim”

-Bermaksud tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud
“dan kami telah menujukkan kepadanya dua jalan”
(Surah Al-Balad, ayat 10)
Ertinya, kami telah menjelaskan kepadanya jalan kebaikan dan jalan kejahatan.
-Allah selalu membingbing hambanya agar mereka sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya setiap saat dan supaya Dia memberikan petolongan , keteguhan, dan taufik.
-Sifat-sifat Mustaqim (Mahmudah)
i.Hikmah
ii.‘Adaalah- keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariat Islamiah.
iii.Iffah – Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah.
iv.Syajaah- Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran untuk mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, Negara dan maruah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa.


Tafsir “Shirathalladzina an’amta ‘alaihim

-Bermaksud “iaitu jalan orang-orang yang telah telah Engakau kurinakan nikmat kepada mereka”
-Orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT itu adalah orang-orang yang disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama
-sama dengan orang yang dianuerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para
shiddiqun orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya, Yang demikian itu adalah kerana kurnia dari
Allah, dan Allah cukup mengetahui”
(Surah An-Nisa, ayat 69-70)
-Orang Yahudi dan Nasrani adalah golongan yang dimurkai Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Nabi Muhammad
SAW) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia, dan mereka telah
sesat dari jalan yang lurus”
(Surah Al-Maidah, ayat 77)
-Selepas membaca al-fatihah, disunatkan untuk mengucapkan amin. Rasulullah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu mengucapkan amin di dalam solat, dan
Malaikat di langit juga mengucapkan amin, lalu masing-masing ucapan
amin dari keduanya saling bertepatan, maka akan diberikan ampunan baginya
atas dosa-dosanya yang telah lalu”
-Majoriti ulama mengatakan bahawa makna amin itu adalah “ya Allah, perkenankanlah untuk kami”


Surah Al-Fatihah Ubat Bagi Segala Racun
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “Fatihatul kitab (surah Al-Fatihah) itu adalah ubat bagi segala racun.

-Surah ini menjadi penawar racun dan kala jengking dengan membaca surah al-Fatihah ke dalam segelas air yang dicampur garam dan air tersebut disapukan di tempat yang disengat.

-Ia juga dapat menghilangkan sifat lupa. Caranya adalah dengan menulis surah al-Fatihah pada bekas air seperti gelas yang bersih dan rendamkan gelas tersebut dengan air sehinnga hilang tulisan pada gelas tersebut dan berilah air tersebut kepada orang yang mudah terlupa untuk diminum.

-Surah ini juga dapat menyembukan segala penyakit dengan membacanya sebanyak 40 kali di dalam sebaldi air dan air tersebut digunakan untuk mandi.

-Surah ini juga dapat menyembuhkan penyakit mata iaitu dengan membaca surah ini sebanyak 41 kali selepas sembahyang subuh dan usaplah mata pesakit dengan air liur selepas orang itu membaca surah al-Fatihah.

Nama-nama Lain Surah al-Fatihah
-Fatihat al-Kitab (pembuka al-Kitab)
-Fatihat al-Quran ( Pembuka al-Quran)
-Umm al-Kitab (Induk al-Kitab)
-Umm al-Quran (induk al-Quran)
-Al-Quran al-Azhim (Quran yang Agung)
-Al-Sab’al-Matsani (Tujuh yang berulang)
-Al-Wafiyah ( yang memenuhi)
-Al-Waqiyah (yang melindungi)
-Al-Kanz ( Peebendaharaan)
-Al-Kafiyah (yang mencukupi)
-Al-Asas (asas)
-Al-Nur ( cahaya)
-Surah al-Hamd (surah pujian)
-Surah al-Syukr (surah syukur)
-Surah al-Hamd al-Ula (surah pujian pertama)
-Surah al-Hamd al-Qushwa (surah pujian terakhir)
-Surah al-Ruqyah (surah mantera penawar)
-Surah al-Syifa’ (surah ubat)
-Surah al-Syafiyyah (surah penyembuh)
-Surah al-Shalat (surah solat)
-Surah al-Du’a (surah doa)
-Surah al-Thalab (surah permintaan)
-Sural al-Su’al (surah permohonan)
-Ta’lim al-Mas’alah (pengajaran masalah)
-Al-Munajat (bisikan)
-Al-Tafwidh (kepasrahan)
-Al-Mukafaat (penggantian)
-Afdhal Suwar al-Qur’an (surah al-Quran paling utama)
-Akhir al-Surah min suwar al-Quran (surah al-Quran terakhir)
-A’zham Surah fi al-Qur’an (surah al-Quran paling agung)


Tujuh Perulangan Dalam Sural Al-Fatihah

-Al-Fatihah diturunkan dua kali iaitu pertama di Makkah ketika diwajibkan solat dan kedua di Madinah ketika bertukat kiblat.
-Menjadi yang pertama dalam mushaf
-Al-Fatihah dibaca dua kali dalam setiap solat fardhu dan sunat kecuali pada witir solat malam.
-Al-Fatihah mengandungi dua pesanan iaiti setengahnya baik untuk Tuhan dan setengahnya lagi untuk hamba-Nya.
-Al-Fatihah berpasangan dari segi ta’wil kerana menerangkan al-Quran secara keseluruhan dan terperinci
-Al-Fatihah mengandungi pasangan hubungan Allah dengan hamba-Nya.
-Setiap ayat Al-Fatihah terdiri daripada sepasang frasa atau ungkapan.


Al-Fatihah Penawar Penyakit Hati

-Penyakit hati ini bermaksud kerosakan pengetahuan dan kerosakan tujuan.
-Petunjuk al-shirath al-mustaqim mengandungi penawar dari penyakit kesesatan.
-Surah ini juga menjadi ubat yang paling sempurna yang tediri daripada enam bahagian iaitu :
• Ibadah kepada Allah tidak kepada yang lain
• Dengan perintah-Nya dan syariat-Nya
• Tidak dengan hawa nafsu
• Tidak berdasarka fikiran, pandangan dan pendapat manusia
• dalam ibadahnya berusaha meminta pertolongan Tuhan
• Tidak bersandar kepada kekuatan dan kemampuan dirinya

-menurut al-Thayyibi, semua ilmu agama itu ditegakkan atas empat ilmu iaitu :
• ilmu ushul – mengandungi pengetahuan tentang allah dan sifat-sifat-Nya, tentang nabi, dan pengetahuan tentang Hari Kembali
• Ilmu furu’ – berkaitan tentang ilmu ibadah.
• Ilmu akhlak – ilmu untuk mencapai kesempurnaan.
• Ilmu qashash – ilmu tentang berita umat terdahulu dan zaman yang silam.




Ustaz Abd Aziz bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin 
Credit: Ustaz Abd Aziz bin Harjin/Siti Fairus Bt. Ibrahim

No comments:

Post a Comment