Monday, 15 July 2013

Menteri Itali ‘orang utan’

Rome: Seorang senator dari kumpulan antiimigran, semalam dikecam kerana menyamakan menteri pertama berkulit hitam Itali, Cecile Kyenge, menyerupai orang utan.
Calderoli dikatakan membuat kenyataan itu dalam pertemuan parti Liga Utara di bandar Treviglio.
RobertCalderoli

“Saya sukakan haiwan, tetapi apabila saya melihat gambar Cecile saya tidak dapat berhenti daripada memikirkan persamaannya dengan orang utan,” katanya.
Kenyataan itu yang menjadi sensasi di media sosial mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

Perdana Menteri Enrico Letta berkata, kenyataan Senator Roberto Calderoli itu “tidak dapat diterima.” “Kenyataan Calderoli yang dilaporkan dalam akhbar hari ini (semalam) yang mengaitkan Cecile tidak dapat diterima dan melampaui batasan,” katanya.

Dua anggota Senat daripada Parti Demokratik, Khalid Chaouki dan Gianni Cuperlo menuntut peletakan jawatan Calderoli yang menjadi Timbalan Speaker Senat. “Kenyataan dirujuk kepada menteri Cecile itu tidak patut diucapkan seorang lelaki mewakili institusi kami,” kata Cuperlo. Calderoli terkenal dengan komen dan tindakan provokatifnya. Pada 2006, dia dipaksa meletakkan jawatan kerajaan ketika pemerintahan perdana menteri Silvio Berlusconi selepas memakai kemeja-T dengan gambar kartun menghina Nabi Muhammad SAW.
Sejak dilantik ke jawatan menteri awal tahun ini, wanita kelahiran Congo itu beberapa kali dilempar penghinaan oleh Liga Utara. AFP

No comments:

Post a Comment