Thursday, 11 July 2013

Polis temui 24 mayat nahas kereta api di Quebec



LAC-MEGANTIC: Mangsa pertama nahas kereta api membawa minyak yang tergelincir di Quebec, dikenal pasti hari ini selepas lebih lima hari tragedi itu berlaku dengan anggaran 50 nyawa terkorban.

Polis berkata, pihaknya juga menemui empat lagi mayat menjadikan jumlah korban setakat ini 24 orang. 

Mangsa pertama yang dikenal pasti oleh pejabat koroner ialah Eliane Parenteau yang berusia 93 tahun. 

Mangsa tinggal di kawasan zon bencana di pinggir pekan kecil Lac-Megantic. 




Mereka yang mengenali mangsa menyifatkan beliau seorang yang aktif dalam usianya itu. 

Perdana Menteri Kanada, Pauline Marois tiba di pekan itu dan terus mengkritik Presiden yang juga Ketua Eksekutif Rail World Inc, Edward Burkhardt berikutan nahas yang berlaku itu. 


“Ketua syarikat (kereta api) ini sepatutnya berada di sana (lokasi nahas) sejak hari pertama lagi," katanya dalam sidang media. - AP 

No comments:

Post a Comment