Sunday, 28 July 2013

Kes Dharmendran: Pegawai polis serah diri

Kes Dharmendran: Pegawai polis serah diri

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes kematian tahanan dalam lokap, menyerah diri pagi tadi.

Laporan laman mikro Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dipetik sebentar tadi menyebut, Inspektor Hare Krishnan a/l K.Subramaniam telah menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman jam 10 pagi tadi.

Sebelum ini, usaha mengesan suspek dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu bulan lalu.

Hare Krisnan diburu selepas didakwa menyebabkan kematian N. Dharmendran di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas.

Berikutan insiden itu,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan mengecam suspek.

"Suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki," katanya.

No comments:

Post a Comment