TOKYO - JEPUN. Keadaan suhu panas tanpa hujan di Jepun, menyebabkan tiga orang maut dan lebih 2,500 penduduk dimasukkan ke hospital, sejak minggu lalu.
   
Dipetik BangkokPost, lapor pegawai, daerah Yamanashi mencatatkan suhu paling tinggi iaitu 39.1 darjah Celsius, selain suhu di beberapa kawasan lain pada 35 darjah Celsius.

"Setakat ini, seramai 2,594 orang dimasukkan ke hospital kerana kesan haba dan tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia

Media tempatan melaporkan, ratusan kanak-kanak terpaksa dirawat selepas menyertai aktiviti di luar sekolah.

Susulan fenomena itu, kementerian kesihatan menggesa penduduk untuk minum air dengan lebih kerap dan mengelakkan berada di luar rumah bagi tempoh lama.

Kini, Jepun berhadapan gelombang haba  tinggi yang bakal berakhir lebih awal dengan ketibaan musim hujan.