Sunday 14 July 2013

18 terbunuh dalam rempuhan kejohanan tinju di Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam rempuhan stadium selepas penonton merusuh bagi membantah kekalahan peninju tempatan dalam sebuah kejohanan tinju di timur Indonesia, lewat malam tadi. 

Leftenan Kolonel Gede Sumerta Jaya berkata, mangsa dipijak apabila kira-kira 1,500 penonton bergegas keluar dari stadium selepas rusuhan berlaku.


Peninju tempatan tewas dalam perlawanan merebut Piala Bupati, di Stadium Kota Lama, wilayah Papua Nabire. 

Jaya berkata, rusuhan bermula selepas penyokong membaling kerusi pada hakim. Katanya, 12 yang mati adalah wanita dan sekurang-kurangnya 47 yang lain parah. - AP

No comments:

Post a Comment