Google+ Followers

Sunday, 14 July 2013

Masuk hospital terlebih makan

DOHA - QATAR. Puluhan penduduk di Qatar dimasukkan ke hospital akibat mengalami saki perut gara-gara terlebih makan.

Seorang kakitangan hospital berkata, kebanyakan kes kecemasan adalah berkaitan gastritis.

“Kami menerima 10 hingga 15 kes terlebih makan sejak hari pertama Ramadan, “katanya dalam laporan media Gulf News.

Menurutnya, tahun lalu Hospital Doha diisytiharkan darurat apabila lebih 100 orang mengalami sakit perut pada Ramadan pertama.

“Selain sakit perut kebanyakan mereka mengalami dehidrasi dan masalah buah pinggang,” katanya.

Pada 2011, Pusat Perubatan Hamad mencatatkan 7,700 kes berkaitan penyakit itu.