Sunday, 28 July 2013

3 rentung berpelukan

Sandakan: Tiga sekeluarga, termasuk dua beradik, ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di bilik air rumah mereka yang terbakar di Kampung Muhibbah, Batu Jalan 2 1/2, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi, Juliana Sikin, 24, dan adiknya, Kamisah, 17, serta anak saudara mereka, Nurnilam Sari, 6, terkorban selepas gagal menyelamatkan diri kerana pintu berkunci.
Difahamkan, kediaman berkenaan mempunyai beberapa bilik yang dijadikan rumah sewa oleh pemiliknya selain sebuah kedai runcit, tetapi hanya ada satu pintu keluar.

Kejadian dipercayai bermula dari pintu utama, menyebabkan tiga bersaudara itu terperangkap sebelum api merebak dan memusnahkan rumah terbabit.
Foto
ANGGOTA bomba melakukan kerja akhir memastikan api dipadamkan sepenuhnya.

Menurut jiran mangsa Hawa Semang, 57, dia terdengar jeritan dan tangisan mangsa tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.

Credit:  RIATY ABADA

No comments:

Post a Comment