Wednesday 10 July 2013

Tangguh hantar pelajar ke Mesir

Seremban: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menangguhkan penghantaran pelajar baru ke Mesir yang sepatutnya pada minggu pertama Ramadan, berikutan keadaan di negara itu yang tidak stabil. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata 41 pelajar berkenaan dijadual melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam serta perubatan dan pergigian.


Beliau yang juga Pengerusi MAINS berkata, walaupun sesi pengajian universiti di Mesir hanya bermula September, mereka dihantar lebih awal untuk mengikuti kursus bahasa Arab. 

“Bagaimanapun, keadaan kucar-kacir di negara itu menyebabkan penghantaran ditangguhkan sementara,” katanya selepas majlis penutup Program Intensif Asia Barat dan penyampaian dermasiswa pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di sini, semalam. 

Mohamad berkata, MAINS berhubung rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetahui keadaan keselamatan di Mesir.

No comments:

Post a Comment